Pages

Saturday, July 25, 2009

250709 - H1N1

KUALA LUMPUR 21 Julai - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini ditutup serta-merta selama seminggu mulai hari ini apabila 60 pelajarnya dikesan positif virus selesema babi, H1N1.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika mengesahkan perkara itu berkata, semua pelajar yang dikesan positif itu telah diarahkan menjalani kuarantin rumah.

"Saya mengesahkan bahawa terdapat 60 pelajar yang dikesan positif H1N1 pada hari ini.

"Mereka kini diarahkan menjalani kuarantin rumah. Sehubungan itu UPNM serta MTD ditutup selama seminggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, penutupan selama seminggu itu wajar tetapi menjelaskan tempoh tersebut bergantung kepada arahan Kementerian Kesihatan sebelum sesi pembelajaran boleh dimulakan semula.

Abdul Latiff dalam pada itu menegaskan, semua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal.

Kepada soalan bagaimana virus itu boleh menular ke UPNM dan MTD, Abdul Latiff menjelaskan, siasatan awal mendapati ia virus import.

"Kami dimaklumkan seorang pensyarah UPNM telah melawat Melbourne, Australia sebelum dia disahkan positif H1N1,'' jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan kawalan keluar masuk ke kawasan itu.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diambil.

Penutupan UPNM itu menjadikan ia institusi pengajian tinggi (IPT) kedua yang ditutup akibat H1N1 selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka.

UiTM Lendu ditutup selama sembilan hari selepas empat penuntutnya positif H1N1 pada 12 Julai lalu.


Ulasan: Aku hrap2 xde Rexo yg dijangkiti virus ni..utk mkluman smua,smua kmpus uitm telah diarah ttup brkuatkuasa 27 Julai..Jika trdapat tnda2 menghidap H1N1 ni..bwk2 lh dri bt pmeriksaan.Bersama kita membendung wabak H1N1 ini.Ak doakan smua Rexo dlindungi drpda wabak H1N1 ni.MAY GOD BLESS REXO'S..


jujur n amanah dari co-moderater blog rexograde.blogspot.com
OP AIMAN ARIF BIN MOHAMMAD
[..BE PROUD TO BE OP..]